hepyyy birthday to youuuu

Assalamualaikum . . Hai peeps :)

Firstly, i wanna wish to myself happy birthday sweet - 2001111 (tak sanggup rasanya nak taip umur sebenar gua) *uwawaaa,tolonglah terbalikkan umur gua jadi 12 tahun
Orang pertama yang wish birthday aku of course lah CELCOM dan MAXIS. Tapi awal la pulak. Mungkin dia lupa nak save birthday aku di kalendar. Tapelah,hang dua ekoq,cek maapkan. Lain kali jangan buat lagi noi. Yang badak kuning tuu lagi lah. Tak ingat langsung ! Cakap selalu Bersamamu. Cehhh. Then,yang second,third,fourth semua manusia. Terima kasih kat awak,iyer awak sebab call tengah-tengah malam pastu nyanyi lagu happy birthday. Terpaksalah kuatkan lubang telinga dengar dia nyanyi walaupon aku dengar dah macam ape dah. Tengah-tengah malam menyanyi. So scaryyy

Aku harap aku sihat selalu,murah rezeki dan dipanjangkan umur. Dan jangan lupa tau doakan aku dapat sambung belajar balik *sila tadah tangan ramai ramai. Rindunya dengan suasana ketika belajar dulu. Rindu bila lambat ke kelas. Rindu tak siapakan asaimen. Rindu nak tidur dalam kelas time lecterur mengajar kat depan. Rindu nak ketuk kuat-kuat pintu bilik member pastu larii menyorok. 
Alahaiii :(

Tapi tapi kan itu semua citer dulu tau yang aku akan kenang sampai bila-bila. Sekarang aku dah ada geng baru.
 "Geng Kapak"*angkat kapak tinggi-tinggi
Aku pon tak perasaan bila aku boleh berkawan dengan diorang semua. Memang tak sangka. Makin lama makin rapat. Kot. Diorang sangat-sangat best tau. Semua perangai gila-gila kecuali aku *duduk sopan dan ayu
Pernah ke tak aku rasa sedih bila kenal dengan diorang semua ? Hurmm, kejap nak fikir. Takde rasanya. Asyik gelak jek sampai nak terkeluar anak tekak. Ahh, rindunya.

Then, semalam diorang ada buat small event untuk celebrate my birthday. But for me, even kecik tapi sangat-sangat bermakna tau. And frankly speaking,selama 21 tahun aku bernafas inilah celebration yang paling best *****nah, amek lima bintang..
Tapi kann, nak tau tak uda ada satu rahsia. Sehari sebelum itu,kitorang dah keluar makan tau. Seronokk. Ssshh,jangan cakap kat sape-sape tau. Rahsia kita dua. Janji ?
Haa,pastu.... Sambung balik. Kitorang celebrate deeekaat pantaiii. Pantai yang ada ombak tuh. Tau tak ? Buat bbq. Sebelum pergi tuh dah buat perjanjian dengan orang yang organise event tuu, No Flour, No Eggs, No No semualah ! Huh,puas hati ! Tapi makanan tu kena adalah. Kebulur la pulak nanti.
Tu jelah nak cakap. Penat. Tengok gambar je eh ? Boleh tak ?


hai birthday girl. Nice to meet you *muka gedak
btw,thanks for this shawl


hai cake chocolate indulgence. awak,, sedap sangat kek nie. 
tak sangka. thanks a lot :)



yang arrange event nie. orang kuatlah kononya.
tengok badan la derr . HAHA ! *jangan marah


awak,awak, dan awak semua senget . selalu cakap benda yang kelakar.
sayaaannnggggg sangattt-sangggattttt :)


Oppss ! Maaf,tak nampak muka. Tersilap upload gambar. Nanti laen kali kite capture 
banyak-banyak lagi gambar tau my girlfriends :)


Tadaaaa !! The present that i get from my lovely friends :)
Besar kan dolphin tuh? Dont ever you you you touch my dolphin. 
Sebab aku sayang sangat. Mmuahhh :-*
" Dolphin, jangan tinggalkan saya eh. Selalu teman saya ketika tidur. 
Peluk ketika saya sedih. Janji tau"

Tak tahu macam mana nak buat reaksi muka bila dapat benda nie semua. Gembira,sedih,terharu.
Very very shocked okee. Nasib baik tak pengsan.
Kalau tak, tak pasal-pasal ada yang buat CPR kat aku. Kan awak ? ;-)


Lastly,, a biggg thank you for mama because care, cure, me when i small until now 21 years old.
Im know,not easy for you to execute the trust that given by Allah s.w.t.
It needs sacrifice,patience,love. Im appreciate it. And i swear with the name of God i will always with you when you need. I hope your love for me not last until my last breath.
Selalu jadi mama terbaik untuk papa,kakak,didi,me,aa dan younger bro.
I loveeee you so muchh.


Babai :)

p/s : awak yang tengah baca tu ------> sorry tau kalau ada terkasar bahasa. Mungkin menaip dalam tidur.
      : kalau ada tak paham sebab salah ejaan,tatabahasa,tanda baca, buat-buat paham lah sebab gua dah               lama tinggal sekolah. Typo itu seni (*_*")









- thanks sudi baca entry saya =_=

loonnnggg time agoooo .

Assalamualaikum w.b.t.
Ya Allah lamanya aku tak mengupdate. Tak taula kenape lepas belajar mood untuk menulis tuh takde. Mane perginya tah aku pon tak tahu. Mungkin akan timbul balik bila aku continue study balik. Hurmm,,mungkin.

Sebenarnya takde ape pon nak citer. Tapi aku rasa nak mogok jek sebab sekarang aku takleh sambung belajar lagi. Uwawaaaa T_T
Aku tak nak berkerja. Aku nak belajar jeeee. Serabut tau tak ?
Tadi baru siap apply untuk sambung di Uitm. Harap-harap dapatlah.
Aminnn.

p/s : terasa nak update picture yang paling latest lah. Tapi tadelah latest sangat. Huhu


with sepupu,sepupu dan sepupu :)



- thanks sudi baca entry saya =_=

old story !


selamat malam semua !

Actually citer nie dah lama. Tapi baru nak story mory kat semua orang. Tadelah panjang sangat.
Just nak tunjuk bahawasanya blog ini masih ada pemiliknya. Masih sihat walafiat. 
Insyallah kalau ada kenduri 'arwah' wa invite lu datang ! 7 hari 7 malam makan free. *uwaa,,takutnya !

Oke,back to the topic -----> sebenarnya nak citer pasal birthday my hero bertarikh 20hb mac 1991.
*eh,tak ! Bukan 1991 lah. But untuk tahun 2013. Time nie dia kecik lagi. Aku pon tak kenal dia ! Yelah,.nak kenal macam mana masa ini aku pon tak keluar lagi.
Emm,,maybe sperma ayah  dengan ovum mama aku tak berjumpa lagi. *oppsss,,sambil lempang mulut kuat kuat !
So,kiranya dah lapan hari berlalu birthday my hero. Dah tak jadi birthday boy. Panggilan dan sms free pon dah expired daa.. Tahi telinga aku pon dah jadi keras balik,,dah tak payah nak cakap telefon lama-lama. *awat hang pengotor sgt hah ? puihh ! HAHA !

Banyak je aku nak citer tapi aku nampak macam huruf kat keyboard nie dah hilang separuh ! Lalalllala ~
So,ending nya tenung jelah gambar ini lama-lama. 3 jek pon,,tak payah nak risau mata tuh tercabut keluar oke. Most wif love =)


Date : 21 mac 2013
Venue : Pantai ape ek ? Entahla.
Time : Selepas magrib,,sebelum subuh.




# ini je kek yang mampu beli. ingtkan nak beli secret recipe punyer tapi tak cukup bajet.
tapelah,,nanti bila ayah saya dah jadi pemilik kedai kek tu,saya bagi kat awak 22 biji.
sama macam umor awak sekarang. HAHA !






#nie pulak housemate dia. sepuluh orang semuanya. tiga orang lagi tengah berak dalam
pantai kot. Haha. (yang perempuan bukan tau. tu kawan aku. takanla nak tinggal sekali dengan diorang,,tapi kan ape salahnya? hekhek,,kidim jek ) 
p/s : ada orang cakap muka saya dengan dia sama tau !
haha,,ye dokk ? auwww,,malunya !
*lariii laju-laju sambil tutup muka. 

harapan saya untuk awak :
  • semoga awak murah rezeki,panjang umo,sihat selalu,dan berjaya dalam hidup
  • semoga jadi anak yang baik,dengar kata keluarga
  • semoga awak menjadi pemilik tulang rusuk saya dan last
  • semoga hubungan kita kekal sampai hari terakhir kita puasa. eh tak ! hari terakhir kita hidup



Oke,,dah abes story aku. Nanti bila huruf kat keyboard lappy aku dah ada balik
aku update lagi tau.

Take care u olls. Babai =)








- thanks sudi baca entry saya =_=