Sayang, maaflah

Hai sayang saya. I love you. Krik Krik Krik
Awak mogok dengan saya lagi kan. Sayang, janganlah mogok lama lama. Sehari awak mogok dah macam satu dekad saya rasa lamanya. Tau tak. Tau tak. Saya ada satu lagu nak nyanyi untuk awak. Hohoho. Kejap ea. 

Tadaaaa


Maafkan saya
Maafkan saya
Maafkan saya
Maafkan saya

Wahai cik abang jangan merajuk
Maafkan saya si cantik awak
Jikalau salah tolonglah tunjuk
Sayalah rela hai kena ketuk
Nandung nandung dayang senandung
Wahai saudara maafkan saya

Kalau cik abang tak mahu maafkan 
Saya nak tinggal tanjung rambutan
Wahai cik abang tidakkah kasihan
Saya nak mati bercerai badan
Nandung nandung dayang senandung
Wahai saudara maafkan saya.

Sekian, terima kasih *flipshawl*


Sayang, saya tahula saya selalu buat awak tacing dengan saya. Buat awak sedih dengan saya. Bila bercakap saya tak pernah fikir perasaan awak. Saya rasa nak cakap, saya pakai cakap je. Saya bukan sengaja pon. Kot. Hehehe. Awak tahu kan perangai saya macam mane. Kalau boleh semua benda yang berlaku saya nak cerita kat awak, nak bagitahu awak. Pintu bilik rumah saya terbuka tertutup sendiri pon saya nak bagitahu awak jugak. See, nampak tak awak penting sangat bagi saya sekarang. Nampak tak nampak tak ??? Super duper penting tau. Yang pasal semalam itu, saya saja saja cerita kat awak. Kononnya nak jadi penghipur lara awak malam malam sebelum tidur. Awak tahu tak, biarpon bermuncung muncung macam itik mulut saya bercerita pasal dia, hanya awak seorang je yang saya kenang siang malam. Yang saya rindu sebelum tidur dan bangun tidur. Yang saya rasa nak smackdown je bila awak tak nak dengar saya membebel. Tapi kan, sorry to say, bagi saya awak tak adil tau kalau awak suruh saya lupakan dia terus. Awak kan sendiri pernah rasa macam mana susah nak lupakan orang yang kita pernah sayang dalam tempoh yang lama.Bukan sekejap tau. Lama. Bertahun tahun. Kalau setakat berbulan je saya tak hairan pon. Yang berbulan pon belom tentu boleh lupa dalam masa yang singkat. Tak sampai sebulan pon tau benda nie terjadi. Awak kenalah bagi saya masa. Saya bukan tak cuba. Saya cuba sayang. Tapi pada masa yang sama, bila saya tertengok benda benda yang boleh mengingatkan pasal dia kat saya, saya terus jadi mereng sekejap. Time tu saya perlukan awak sangat. Tapi saya takut bila saya mengadu kat awak, awak jadi macam nie lah (mogok). Err. Kalau saya tak mengadu kat awak nanti saya sedih sorang sorang pulak. Haa, nak nak ? Tanak kan kann. Tau takuttt. Hahaha. I love you sayang.

Sejujurnya, tak pernah sedikit pon terlintas kat fikiran saya rasa menyesal dengan keputusan saya nie. Mungkin ada sebab yang sampai sekarang kita sendiri tak tahu lagi kan. Dan mungkin sebab saya berpisah dengan dia, disebabkan dia bukan yang terbaik bagi saya. Bila kita siang malam berdoa nak yang terbaik, DIA akan hadirkan kita orang yang terbaik. Bila kita berdoa nak jadi yang terbaik, DIA akan biarkan kita dikelilingi oleh orang orang yang baik. Dan saya percaya dan yakin awak yang terbaik bagi saya. InsyaAllah. 

Akhir sekali, saya tak akan pernah bosan dan tak nak rasa bosan dengan awak, dengan karenah awak yang sensitip tu. Give up pon saya tak nak jugak. Tak pernah saya terpikir akan jumpa orang macam awak. Jaga awak mencabar sangat sayang. Hahaha. Dahla.

Okbai 





p/s : Tau tak, disebabkan awak tetiba mood saya datang umtuk menaip. 
Tau tak. Sebab awakk. Aaaaa *histeria*



- thanks sudi baca entry saya =_=