Daisypath Anniversary tickers

most with love !


tercipta engkau dari tulang rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat di bahu untuk dilindungi
dekat jua di hati untuk dikasihi
engkaulah wanita hiasan duniawi

awak,jangan terlalu rapat dengan saya sebab 
nanti saya takut bila kita ditakdirkan berpisah saya tak dapat terima.
awak taukan hati perempuan sangat lembut,mudah tersentuh.

awak janganlah terlalu baik dengan saya
sebab nanti saya takut saya terlebih sayangkan awak
daripada saya sayangkan DIA dan keluarga.

awak janganlah selalu mesej saya biarpun tiap-tiap saat saya
sentiasa menantikan mesej awak sebab saya takut nanti
saya terlalu rindukan awak

awak jangan buat saya terlalu gembira dengan perhatian yang awak berikan
sebab nanti saya takut saya terlalu sukakan awak
awak  tahukan hati perempuan mudah lembut dan tersentuh
bila dia dah mula suka kat awak dia akan betul-betul sayangkan awak.



awak mungkin bukan orang pertama yang hadir dalam hidup saya
tapi awak orang pertama yang merendahkan ego saya
mengajar saya untuk lebih menghargai hidup
mengajar saya erti cinta sebenar
mengajar saya apa itu kesetiaan
mengajar saya untuk menjadi perempuan yang lebih baik
dan mengajar saya peritnya satu perpisahan

saya tak pernah menyesal merima awak dalam hidup saya.
malah berasa bersyukur bertemu dengan awak
saya sangat hargai kehadiran awak 
mungkin selepas ini kalau kita berpisah saya akan kenang awak sampai 
bila-bila.







- thanks sudi baca entry saya =_=

No comments:

Post a Comment