Daisypath Anniversary tickers

bila dah tade keje.

aloop sume..
weekend nie mcm tade keje jep..pdhal final dah nak dekat..tp sikit pon tak stdy..uishh ape nak jadi la nga aku nie..mcm mne nak AKJ sem nie..roomate pon tnggal 2 org jep..2 org lg blk umah..last minute lak bgtau..sorang djngka blk hari nie..sorg lagi lak blk esk..kelas dah tade kan..bla dah tade keje nie mcm2 blh jadi..p rompak uma org la..bnuh pak guard polisas kew..terjun bngnan SH kew..trjun bnyak kali biar smpai masuk kubur..myb bnda nie blh tjadi bla dah bosan tahap gaban..adoii..
hah nie aku nak habak mai..kgiatan dbawah slh satu aktiviti ktorg bla dah tade pape nak buat..aktiviti tnpa drancang pon..gara nak slmatkan perut ktorang dri kbuluran..smpai cafe al-ghazali ktorg menapak..tp aku mmg suke p sane..cuci-cuci mata smbil tgk mamat hnsem mkn kew..mcm zulkifli *oh FATIMAH.."awk,blh tak sy nak jd secret admirer awk?"alaa..blhla..nak jgkkk!!!
ok time to upload the pictures..tgk tau..jgn bt2 tak nmpak plak..

sempat plak pose lam ujan.tak bselipar lak tuh.tp sweet kan?


tgk nie!ape nak jd laa..ada org lalu lalang pon dah tak hiraukan..nsb baek aku yg snap pic nie.
 
 
comelkan kanak-kanak riang nie bla bmain hujan..
"lompat si katak lompat,
lompatlah tinggi-tinggi".



haa niela dalang sume tuh..tgk tuh dye bmain smpai kat tasik.
sebok jep suh snap picture dye..ta malu taw!

nie muka dah pnat + sejuk..
prut lapar pon smpat lg maen hujan..tp time nie hujan dah rebah pon..

bla balik bilik sume brebut nak mandi..akhirnya aku terpksa la mngalah..tgk roomate aku dapt mandi aku dah bhgia..ceehhh ayat,ta bole blah!
kaki pon dah gtal-gtal..so,kna berus betul-betul..
aaduiii :(




- thanks sudi baca entry saya =_=

just for u,darl !

entry ni tok miss 'RAIZAFIERA'
khas untuk awak taw! entry ni direka khas tok cik ZAFIERA sebab dy mengade2, merengek2 suro update blog. memg mgade kan.

biodata :)
-raizafiera ramlee
-anak jati negeri joho
-anak ke3 dari 5 adik beradik
-diploma teknologi makanan
-suke bowling
-suke karaoke
-suke futsal
-suke buang mase
-cool
-agak kelakar
-suke amek aty org
-simple


ha..pape je la pasal dy pon,itu lah dy. bukan orang lain. my classmate. my roomate. kawan. teman. sahabat. insyallah suke dan duke. alhamdulillah. dy suke cakap merapek. nak tawu orgnye cmne.. check it out~


haa..mest kurang jelas kan. kter tgok yg ni pulak.



haa.nampak. ni la dy. comel kan? haha..camni lar dy. gaye dy. simple but nice.



kami kawan ber5.haa. yang ade warne tu la die ' CIK RAI '


tengok tu..keje2 macam MR.MEON memeng dy suke


aku pon same jugak.ngee~

makan eskem MCD kat mega malls. like a childhood.


event bersame. masquerade.


dari semester 1 berkawan polibriged bersame.seronok. kawad sane, kawad sini.last2 dapat B jugak. tah pape jek kan. kedekot pnye lecture. camla luak lemak dy kalo bg A.


makan ABC same2. due cam owg pelahap. HAHAHA


haa. huda SAYANG rai.


men futsal same2. dapat no 3 jew. alhamdulillah.



haa. oke la zafera k. ni je la nak story sket pasal kamu. papai~


- thanks sudi baca entry saya =_=

ada lg ke LELAKI jenis nie??

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."
----------TAMAT------------
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?

- thanks sudi baca entry saya =_=