Daisypath Anniversary tickers

Dah mula minat M.Nasir mungkin ?



Assalamualaikum w.b.t

Pheww... Alahai dah lama sangat  aku tak update entry kat belog ni. Rasanya last update dalam tahun 2017. Means dah 2years la. Ohmaigad *muka terkejut monkey. So, update my life now, dah berkhawin, dah ada suami belum ada anak lagi, blaa bla blaa blaaa... (bosan). HAHA :)

Disebabkan aku tak ada cerita menarik pun nak kongsi, so aku decided untuk bercerita pasal M.Nasir. Eeeuwww, kenapa dia ?? Tak ada orang lain ke? Haaa, mesti korang gelakkan aku. Okey la tu pasal dia. Kan aku bercerita pasal kekasih hati kan korang nak muntah pulak. Lagipun entryy sebelum ni dah banyak aku tulis pasal kekasih hati. Aku sendiri pun dah nak "jeluwok"*tepuk dahi

Frankly speaking la kan, aku memang tak minat langsung langsung langsung kat M.Nasir tu sebab bagi aku kebanyakan karya seni beliau especially lagu lagu yang beliau cipta tu mempunyai maksud yang mendalam dan sukar untuk difahami oleh aku yang sememangnya bukanlah seorang yang bermetafora dalam menyampaikan sesuatu pekara. 

Ada satu malam tu, aku ada dengar ceramah oleh Dr.MAZA yang berkaitan dengan istighfar dan taubat. Dalam ceramah tu ber'background' kan lagu Suatu Masa oleh M.Nasir. Terdetik dalam hati kenapa lagu tu dimainkan dalam ceramah keagamaan sedangkan banyak lagi lagu lagu nasyid lain. Bagi aku hanya lagu nasyid je yang more to keTuhanan. Noob kan aku ? Gigih aku buka youtube sebab nak tengok lirik lagu nya and yes lagu tu memang berkaitan dengan taubat. Ini pun aku minta AY 'translate'kan sebab banyak kali aku dengar still tak dapat tangkap lagi maksudnya. Sebenarnya aku malas nak tanya dia, sebab aku antara pengkritik tegar bila dia nyanyi lagu M.Nasir. "tak ada lagu lain ke nak nyanyi","lagu tah apa apa". Masa aku minta AY bercerita pasal lagu tu, berkobar kobar semangat dia nak bagitahu al maklumlah M.Nasir penyanyi idola dia (tolong la gelak ramai ramai hahahahahahhahahahahaha..). Ok stop gelak *serius balik. 

Apa eh aku nak cakap tadi ? Haa tu jelah aku nak bercerita. Kalau korang dengar lirik lagu tu memang berat nak faham. Orang yang berseni dan bersastera mungkin senang nak faham. Kalau korang fail Bahasa Melayu aku sarankan korang tak payah la dengar. HAHA *gelak jahat. Dengar waktu malam time nak tidur tu terjentik juga la rasa kat hati tu. Kalau tak tak rasa apa-apa tu 'hati kau keras Roy'. 

" Tapi aku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Kuhulur tanganku
Lalu kau terima "

Conclusionnya, lagu tu tentang taubat dan berharap taubatnya akan diterima suatu hari nanti. InsyaAllah, aamiin  <3. 


p/s: AY pernah cakap kalau ada anak, dia nak anak dia jadi ahli muzik. Dan aku macam biasa lah akan melakonkan watak Nyonya Mansur dalam cerita P.Ramlee bertajuk "Ibu Mertuaku"

Nyonya Mansur : Apa??! Ahli muzik ? Pantang datuk nenek aku ahli muzik. Anak tak kenang budi !!





Disclaimer : coretan aku ni hanya sekadar suka suka. kalau ada kesalahan ejaan, tatabahasa dan bahasa rojak harap dimaafin.

Wasalam...



- thanks sudi baca entry saya =_=

All That I Know About You, Baby =)

Heelllooooooo, Hai Sayang


I dont know why tetiba rasa nak buat entry berkaitan serba sedikit yang saya tahu pasal awak. Hope you enjoy read this yaa .

  • Seorang yang funny, but sometimes meng'annoying'kan. Sedikit serius. Tapi more to kelakar lah.
  • Muka ganas tapi hati weyy, lemah lembut gemalai
  • Not smoking
  • Suka main futsal
  • Seorang yang ego tapi ended up mengalah
  • Simple not follow the trend. Pakai asal boleh je or yang make you comfortable
  • Seorang yang tak excited bila ada sales/ YES
  • Have cheap stomach sebab selalu sakit perut. Haha
  • Komited dengan kerja yang dilakukan
  • Suka menyanyi/ menonton wayang
  • Ada matlamat hidup. My means, ada mission and vission lah. And struggle to achieve it
  • Seorang yang berjimat cermat. Guna barang selagi tak rosak selagi tu takkan beli. Cth : watch, wallet
  • Jangan paksa untuk dia beli sesuatu especily something yang pricey. Ignore it. Sebab dia akan beli dengan tiba tiba / tanpa merancang. Ggrrr
  • Independent. Tidak suka menyusahkan orang lain, selagi boleh buat sendiri.
  • Tak romantik langsung *buat muka medu*
  • Not good at expressing feelings (takde perasaan)
  • Suka makan ayam. Cannot eat seafoods in large quantity
  • Seorang yang setia. Maybe. Haha
  • Purple lover
  • Akan duduk kat rumah jee bila takde geng nak keluar 

All that listed above, maybe not right for you. I just write what i feel in two years one months and twenty seven days we love each other


That's all. Thank you =)


                                              


















- thanks sudi baca entry saya =_=

Three Hundred Days

Annyeonghaseyo Sayang



Jap. Sebelum tu nak pickup awak dulu.

" Awak dengar saya nak kira. Kalau salah awak betolkan ea "
" Oke sayang "
" 2, 3, 4, 5 .............. 300 "
" Eh, mana satu sayang? "
" Satu hanya untuk awak *kenyit mata* "
Cia cia ciaaaa :)

HAHAHA


Ok. Harini taktahu kenape tetiba rajin pulak nak buat entry untuk awak. Mungkin sebab semakin hari semakin sayang. Haha. Takdelah. Sy buat entry nie sebab nak wish tigaratustahun kte kenal. Eh tak tak. Tigaratushari lah. Tiap tiap hari tau saya kira. Tapi semalam dah wish pon. Nie kiranya second wish la. Awak kena dengar juga tau ! *tarik telinga, paksa awak dengar*. 



Tuu kat atas dia cakap dah tigaratushari. Saya screentembak kan untuk awak, Kot kot awak tak percaya kan. Hoho. Aishh, Cepatkan masa berlalu. Rasanya baru je tadi kita main guli sama sama. Haha. Awak tahu tak, dalam tempoh tigaratushari tu macam macam saya belajar pasal awak. Perangai awak yang mengada tuu. Sensitip. Suka fikir bukan bukan. Tak masuk akal. Lepastu stress sorang sorang. Hahaha. Kelakar oke. Tapi yang macam nie jugak saya nak. Kan sayang  *emoji muka jelir*. Sekarang, awak dah berkerjaya. Not student anymore. Rutin awak pon dah berubah. Tapi takpelah. I dont mind, sebab nanti saya pon akan sibuk. Malam malam baru kita call and tell each other's stories. Cool kan kita ? Baik awak cakap iyee * pegang kolar baju, ugut awk*. Lagipon awak cakap, awak nak keje sungguh sungguh sebab nak amek saya. Hahaha. Malu malu ? Haaa, padan muka awak. Saya nak cakap kat semua orang. 

Dahlaa. Saya nak pergi makan. Nanti saya ada kelas pulak. Awak pon lunch hour dua belas setengah jap lagi kan. Makan banyak banyak sayang. Biar gemok macam banikal boy dalam citer Spongebob tuuu. Tau tak ? Haha

Ermmm, boleh tak saya nak buat pickupline lagi ? Last last. Janjiii.

" Nak terima satu surat dari saya tak ?"
" Surat ape? "
" Suratan takdir yang awak lah tulang rusuk kiri saya "

Cia cia ciaaa.

Babaii. Assalamualaikum



p/s : Tau takk, tadi kann, saya nak pergi amek trasnkrip awk, tapi takboleh. Server down. Maaflah :(
         Nanti saya pergi lain kali.
      :  Lepas baca jangan senyum senyum oke :)


- thanks sudi baca entry saya =_=

Sayang, maaflah

Hai sayang saya. I love you. Krik Krik Krik
Awak mogok dengan saya lagi kan. Sayang, janganlah mogok lama lama. Sehari awak mogok dah macam satu dekad saya rasa lamanya. Tau tak. Tau tak. Saya ada satu lagu nak nyanyi untuk awak. Hohoho. Kejap ea. 

Tadaaaa


Maafkan saya
Maafkan saya
Maafkan saya
Maafkan saya

Wahai cik abang jangan merajuk
Maafkan saya si cantik awak
Jikalau salah tolonglah tunjuk
Sayalah rela hai kena ketuk
Nandung nandung dayang senandung
Wahai saudara maafkan saya

Kalau cik abang tak mahu maafkan 
Saya nak tinggal tanjung rambutan
Wahai cik abang tidakkah kasihan
Saya nak mati bercerai badan
Nandung nandung dayang senandung
Wahai saudara maafkan saya.

Sekian, terima kasih *flipshawl*


Sayang, saya tahula saya selalu buat awak tacing dengan saya. Buat awak sedih dengan saya. Bila bercakap saya tak pernah fikir perasaan awak. Saya rasa nak cakap, saya pakai cakap je. Saya bukan sengaja pon. Kot. Hehehe. Awak tahu kan perangai saya macam mane. Kalau boleh semua benda yang berlaku saya nak cerita kat awak, nak bagitahu awak. Pintu bilik rumah saya terbuka tertutup sendiri pon saya nak bagitahu awak jugak. See, nampak tak awak penting sangat bagi saya sekarang. Nampak tak nampak tak ??? Super duper penting tau. Yang pasal semalam itu, saya saja saja cerita kat awak. Kononnya nak jadi penghipur lara awak malam malam sebelum tidur. Awak tahu tak, biarpon bermuncung muncung macam itik mulut saya bercerita pasal dia, hanya awak seorang je yang saya kenang siang malam. Yang saya rindu sebelum tidur dan bangun tidur. Yang saya rasa nak smackdown je bila awak tak nak dengar saya membebel. Tapi kan, sorry to say, bagi saya awak tak adil tau kalau awak suruh saya lupakan dia terus. Awak kan sendiri pernah rasa macam mana susah nak lupakan orang yang kita pernah sayang dalam tempoh yang lama.Bukan sekejap tau. Lama. Bertahun tahun. Kalau setakat berbulan je saya tak hairan pon. Yang berbulan pon belom tentu boleh lupa dalam masa yang singkat. Tak sampai sebulan pon tau benda nie terjadi. Awak kenalah bagi saya masa. Saya bukan tak cuba. Saya cuba sayang. Tapi pada masa yang sama, bila saya tertengok benda benda yang boleh mengingatkan pasal dia kat saya, saya terus jadi mereng sekejap. Time tu saya perlukan awak sangat. Tapi saya takut bila saya mengadu kat awak, awak jadi macam nie lah (mogok). Err. Kalau saya tak mengadu kat awak nanti saya sedih sorang sorang pulak. Haa, nak nak ? Tanak kan kann. Tau takuttt. Hahaha. I love you sayang.

Sejujurnya, tak pernah sedikit pon terlintas kat fikiran saya rasa menyesal dengan keputusan saya nie. Mungkin ada sebab yang sampai sekarang kita sendiri tak tahu lagi kan. Dan mungkin sebab saya berpisah dengan dia, disebabkan dia bukan yang terbaik bagi saya. Bila kita siang malam berdoa nak yang terbaik, DIA akan hadirkan kita orang yang terbaik. Bila kita berdoa nak jadi yang terbaik, DIA akan biarkan kita dikelilingi oleh orang orang yang baik. Dan saya percaya dan yakin awak yang terbaik bagi saya. InsyaAllah. 

Akhir sekali, saya tak akan pernah bosan dan tak nak rasa bosan dengan awak, dengan karenah awak yang sensitip tu. Give up pon saya tak nak jugak. Tak pernah saya terpikir akan jumpa orang macam awak. Jaga awak mencabar sangat sayang. Hahaha. Dahla.

Okbai 





p/s : Tau tak, disebabkan awak tetiba mood saya datang umtuk menaip. 
Tau tak. Sebab awakk. Aaaaa *histeria*



- thanks sudi baca entry saya =_=

Rinduu

Assalamualaikum semua.

Dah lama sangat tak mengupdate blog. Rindu nak menulis tu ada tapi selalu je tak sempat. Nak belajar lagi. Jaga makan pkai suami, anak anak anak dan anak kucing lagi. Fuhhh, penatnya. Sekarang dalam final week lagi. Baru je habis 3 paper. Still 3 paper lagi dok beratur untuk dijawab. Alahai, lambatnya nak habis. Cek nak balik uma nie oii. Rindu dengan bau rumah. Mungkin selepas habis final ni, nak sambung balik menulis. Insyallah, kalau huruf kat keyboard lappy tak hilang masa banjir haritu. Ok. Nak sambung baca notes. Nanti jangan lupa doakan supaya dapat habiskam semua paper. Takut tak sempat jawab, dah tarik beg nak balik jugak.

Bye !



- thanks sudi baca entry saya =_=

Final Exam

Assalamualaikum w.b.t.

 
 

25/06/2014 - Malaysian History
30/06/2014 - Biological Diversity
02/07/2014 - Introduction To Computer Programming 
06/07/2014 - Economics
07/07/2014 - Physics For Non Major
12/07/2014 - Cell Biology
 
 
 
 
 


p/s : Please pray for we olls ok .

- thanks sudi baca entry saya =_=


Assalamualaikum. Hai guys :)

I'm officially student at Uitm Jengka for degree in Science Biology.
Thank You

- thanks sudi baca entry saya =_=

hepyyy birthday to youuuu

Assalamualaikum . . Hai peeps :)

Firstly, i wanna wish to myself happy birthday sweet - 2001111 (tak sanggup rasanya nak taip umur sebenar gua) *uwawaaa,tolonglah terbalikkan umur gua jadi 12 tahun
Orang pertama yang wish birthday aku of course lah CELCOM dan MAXIS. Tapi awal la pulak. Mungkin dia lupa nak save birthday aku di kalendar. Tapelah,hang dua ekoq,cek maapkan. Lain kali jangan buat lagi noi. Yang badak kuning tuu lagi lah. Tak ingat langsung ! Cakap selalu Bersamamu. Cehhh. Then,yang second,third,fourth semua manusia. Terima kasih kat awak,iyer awak sebab call tengah-tengah malam pastu nyanyi lagu happy birthday. Terpaksalah kuatkan lubang telinga dengar dia nyanyi walaupon aku dengar dah macam ape dah. Tengah-tengah malam menyanyi. So scaryyy

Aku harap aku sihat selalu,murah rezeki dan dipanjangkan umur. Dan jangan lupa tau doakan aku dapat sambung belajar balik *sila tadah tangan ramai ramai. Rindunya dengan suasana ketika belajar dulu. Rindu bila lambat ke kelas. Rindu tak siapakan asaimen. Rindu nak tidur dalam kelas time lecterur mengajar kat depan. Rindu nak ketuk kuat-kuat pintu bilik member pastu larii menyorok. 
Alahaiii :(

Tapi tapi kan itu semua citer dulu tau yang aku akan kenang sampai bila-bila. Sekarang aku dah ada geng baru.
 "Geng Kapak"*angkat kapak tinggi-tinggi
Aku pon tak perasaan bila aku boleh berkawan dengan diorang semua. Memang tak sangka. Makin lama makin rapat. Kot. Diorang sangat-sangat best tau. Semua perangai gila-gila kecuali aku *duduk sopan dan ayu
Pernah ke tak aku rasa sedih bila kenal dengan diorang semua ? Hurmm, kejap nak fikir. Takde rasanya. Asyik gelak jek sampai nak terkeluar anak tekak. Ahh, rindunya.

Then, semalam diorang ada buat small event untuk celebrate my birthday. But for me, even kecik tapi sangat-sangat bermakna tau. And frankly speaking,selama 21 tahun aku bernafas inilah celebration yang paling best *****nah, amek lima bintang..
Tapi kann, nak tau tak uda ada satu rahsia. Sehari sebelum itu,kitorang dah keluar makan tau. Seronokk. Ssshh,jangan cakap kat sape-sape tau. Rahsia kita dua. Janji ?
Haa,pastu.... Sambung balik. Kitorang celebrate deeekaat pantaiii. Pantai yang ada ombak tuh. Tau tak ? Buat bbq. Sebelum pergi tuh dah buat perjanjian dengan orang yang organise event tuu, No Flour, No Eggs, No No semualah ! Huh,puas hati ! Tapi makanan tu kena adalah. Kebulur la pulak nanti.
Tu jelah nak cakap. Penat. Tengok gambar je eh ? Boleh tak ?


hai birthday girl. Nice to meet you *muka gedak
btw,thanks for this shawl


hai cake chocolate indulgence. awak,, sedap sangat kek nie. 
tak sangka. thanks a lot :)



yang arrange event nie. orang kuatlah kononya.
tengok badan la derr . HAHA ! *jangan marah


awak,awak, dan awak semua senget . selalu cakap benda yang kelakar.
sayaaannnggggg sangattt-sangggattttt :)


Oppss ! Maaf,tak nampak muka. Tersilap upload gambar. Nanti laen kali kite capture 
banyak-banyak lagi gambar tau my girlfriends :)


Tadaaaa !! The present that i get from my lovely friends :)
Besar kan dolphin tuh? Dont ever you you you touch my dolphin. 
Sebab aku sayang sangat. Mmuahhh :-*
" Dolphin, jangan tinggalkan saya eh. Selalu teman saya ketika tidur. 
Peluk ketika saya sedih. Janji tau"

Tak tahu macam mana nak buat reaksi muka bila dapat benda nie semua. Gembira,sedih,terharu.
Very very shocked okee. Nasib baik tak pengsan.
Kalau tak, tak pasal-pasal ada yang buat CPR kat aku. Kan awak ? ;-)


Lastly,, a biggg thank you for mama because care, cure, me when i small until now 21 years old.
Im know,not easy for you to execute the trust that given by Allah s.w.t.
It needs sacrifice,patience,love. Im appreciate it. And i swear with the name of God i will always with you when you need. I hope your love for me not last until my last breath.
Selalu jadi mama terbaik untuk papa,kakak,didi,me,aa dan younger bro.
I loveeee you so muchh.


Babai :)

p/s : awak yang tengah baca tu ------> sorry tau kalau ada terkasar bahasa. Mungkin menaip dalam tidur.
      : kalau ada tak paham sebab salah ejaan,tatabahasa,tanda baca, buat-buat paham lah sebab gua dah               lama tinggal sekolah. Typo itu seni (*_*")









- thanks sudi baca entry saya =_=

loonnnggg time agoooo .

Assalamualaikum w.b.t.
Ya Allah lamanya aku tak mengupdate. Tak taula kenape lepas belajar mood untuk menulis tuh takde. Mane perginya tah aku pon tak tahu. Mungkin akan timbul balik bila aku continue study balik. Hurmm,,mungkin.

Sebenarnya takde ape pon nak citer. Tapi aku rasa nak mogok jek sebab sekarang aku takleh sambung belajar lagi. Uwawaaaa T_T
Aku tak nak berkerja. Aku nak belajar jeeee. Serabut tau tak ?
Tadi baru siap apply untuk sambung di Uitm. Harap-harap dapatlah.
Aminnn.

p/s : terasa nak update picture yang paling latest lah. Tapi tadelah latest sangat. Huhu


with sepupu,sepupu dan sepupu :)



- thanks sudi baca entry saya =_=

old story !


selamat malam semua !

Actually citer nie dah lama. Tapi baru nak story mory kat semua orang. Tadelah panjang sangat.
Just nak tunjuk bahawasanya blog ini masih ada pemiliknya. Masih sihat walafiat. 
Insyallah kalau ada kenduri 'arwah' wa invite lu datang ! 7 hari 7 malam makan free. *uwaa,,takutnya !

Oke,back to the topic -----> sebenarnya nak citer pasal birthday my hero bertarikh 20hb mac 1991.
*eh,tak ! Bukan 1991 lah. But untuk tahun 2013. Time nie dia kecik lagi. Aku pon tak kenal dia ! Yelah,.nak kenal macam mana masa ini aku pon tak keluar lagi.
Emm,,maybe sperma ayah  dengan ovum mama aku tak berjumpa lagi. *oppsss,,sambil lempang mulut kuat kuat !
So,kiranya dah lapan hari berlalu birthday my hero. Dah tak jadi birthday boy. Panggilan dan sms free pon dah expired daa.. Tahi telinga aku pon dah jadi keras balik,,dah tak payah nak cakap telefon lama-lama. *awat hang pengotor sgt hah ? puihh ! HAHA !

Banyak je aku nak citer tapi aku nampak macam huruf kat keyboard nie dah hilang separuh ! Lalalllala ~
So,ending nya tenung jelah gambar ini lama-lama. 3 jek pon,,tak payah nak risau mata tuh tercabut keluar oke. Most wif love =)


Date : 21 mac 2013
Venue : Pantai ape ek ? Entahla.
Time : Selepas magrib,,sebelum subuh.




# ini je kek yang mampu beli. ingtkan nak beli secret recipe punyer tapi tak cukup bajet.
tapelah,,nanti bila ayah saya dah jadi pemilik kedai kek tu,saya bagi kat awak 22 biji.
sama macam umor awak sekarang. HAHA !






#nie pulak housemate dia. sepuluh orang semuanya. tiga orang lagi tengah berak dalam
pantai kot. Haha. (yang perempuan bukan tau. tu kawan aku. takanla nak tinggal sekali dengan diorang,,tapi kan ape salahnya? hekhek,,kidim jek ) 
p/s : ada orang cakap muka saya dengan dia sama tau !
haha,,ye dokk ? auwww,,malunya !
*lariii laju-laju sambil tutup muka. 

harapan saya untuk awak :
  • semoga awak murah rezeki,panjang umo,sihat selalu,dan berjaya dalam hidup
  • semoga jadi anak yang baik,dengar kata keluarga
  • semoga awak menjadi pemilik tulang rusuk saya dan last
  • semoga hubungan kita kekal sampai hari terakhir kita puasa. eh tak ! hari terakhir kita hidup



Oke,,dah abes story aku. Nanti bila huruf kat keyboard lappy aku dah ada balik
aku update lagi tau.

Take care u olls. Babai =)








- thanks sudi baca entry saya =_=

busy.. ggrrrr !


selamat petang semua !
wah,banyaknya habuk,kuman-kuman kat blog aku nih !
fuhh ! fuhh ! pegilah kau debu
uhuk,. uhuk.. *batuk orang kaya

oke,dah lama sangat sangat sangat aku tak update entry.
bukan tak teringin
tapi nak buat macam mane.
terlalu sibuk + dengan laptop buat hal
menambahkan lagi tahap kemalasan aku untuk mengupdate blog.
banyak gambar yang aku ambil semasa kerja
tapi semua dijadikan barang simpanan peribadi
hmmm,,nasib badan

tapelah,nanti kalau aku rasa aku ada masa 
aku nak mengupdate satu entry panjang..
yang mungkin panjangya dalam 4, 5, 6 muka surat
dan memerlukan 1 - 2 jam untuk membacanya !
Okehh !

nota kaki :31/12/12 aku ada dinner tau ! baju dah cari ! bolehlah aku celebrate new year skali !
nanti nak maen mercun lah dalam hotel tuh.. boleh tak ?


http://www.disabledonline.com/community/file/pic/photo/2010/12/rainey-happy-new-year.jpg



- thanks sudi baca entry saya =_=

Segmen follow sampai pengsan

Assalamualaikum dan selamat petang semua
Hari ini gua nak join satu segmen.. Huhu
Gua suke join segmen dari cik penganjur nie sebab syarat-syarat nya tadelah
banyak sangat* eh dah tau ke? ciss.. Just follow blog dia,letak jumlah follower sekarang.
Simple kan ? Jom,,seranggggg !!
Tekan banner nie


Followers gua sekarang jeng...jeng..
"seratus tiga puluh dua sahaja"


nota kaki : satu paper dah lepas.. Fuhh,leganya !
tpi kena study untuk next paper pulak
: pejam celik pejam tak celik-celik,,dah nak berpisah pon kita kan :(




- thanks sudi baca entry saya =_=

~ UNTITTLE ~

Assalamualaikum dan selamat malam

Aku : Hai b.. Boleh tak sayang nak dok sini? Dalam inbox b.. 
B jangan isau.. Sayang tak akan ganggu b buat kerja.. Sayang dok diam-diam jek jadi budak yang baik.. Sayang cuma nak selalu dekat dengan b..

Si dia : Tak payahlah dok kat situ.. B sekehkan ! Meh dok kat dalam hati b nie.
Lagi dekat dengan b =)

Aku : Hekhek.. Sampai bila-bila sayang akan dok kat dalam hati b..
I love u shayang !

Si dia : Sayang dah lama dok dalam hati b dan selamanya-lamanya sayang akan ada dalam
hati b.. Love u too =)

Tiba-tiba teringat conversation antara aku dengan dia.. Aku nie jenis suka aplikasikan ape yang aku nampak dan ape yang aku baca..
Untuk ayat aku kat atas sekali tuh,diciplak dalam buku motivasi bertajuk "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul"
karya Fatimah Syarha.
Dan jawapannya of course tidak diciplak dari mana-mana buku motivasi or buku cinta-cintun..
Ikhlas dari cinta hati aku.. Thanks awak !

'Saat awak merasakan kita jauh, ikatlah hati awak dengan rasa rindu, dan yakinlah hati saya juga diikat pada RINDU yang sama'




Tu je.. Okbai

nota kaki : 5 hari lagi nak final,,tapi aku masih lagi belum serius nak belajar
: 12 hari lagi untuk aku menghabiskan masa-masa aku di POLISAS dengan kawan-kawan
yang aku sayang sampai mati
mungkin selepas ini aku tak akan jumpa kawan-kawan seperti kalian :'(




- thanks sudi baca entry saya =_=

selamat hari lahir !


Assalamualaikum w.b.t dan selamat malam semua

Sedar tak sedar dah nak masuk pertengahan bulan sebelas kan. Bulan dimana negeri-negeri di pantai timur akan mengalami musim tengkujuh.. So,penduduk yang tinggal di negeri pantai dinasihatkan berjaga-jaga termasuklah diri aku sendiri.. Aku rasa bulan ini tersangatlah busy. Kena menghadiri majis bagai lah. Dan di bulan nie jugaklah aku dilahirkan.. Hekhek *itu jek motif aku nak cakap pasal bulan.. 
Selamat Hari Jadi ! Nikmatilah 7 hari panggilan percuma ke semua no 8pax anda ! Sender = celcom
Itulah orang pertama yang wish bufday aku .. Terima kasih awak !!

Semalam belum sampai pukul 12 aku dah kena baling tepung dengan budak-budak nie. Memang enjoy habislah.. Muka aku pon dah macam nenek kebayan. Penuh satu badan warna putih. Tapi tapelah,aku jadikan ia satu kenangan yang belum pasti lagi akan terjadi untuk kali kedua *sobs sobs
Nak tau tak nak tau tak ! Pagi-pagi dah ada orang ketuk pintu bilik aku. Bila roomate aku bukak,tade orang *macam dalam citer antu kan kan ?
Tengok-tengok ada hadiah kat bawah pintu.. Comel ~
Aku pon amek dan baca note.. Rupa-rupanya aku dapat nota cinta !
 Haa,,nie lah benda kecik yang aku dapat tuh --------->



Nak tahu tak ape yang dia tulis ? Haaa,meh aku bacakan oke
dear mek,
= happy birthday 20 years old 
= semoga kau sentiasa sihat
= semoga kau sentiasa dilimpahi rezeki,rahmat dan kejayaan dariNya
= semoga bahagia bersama kesayangan
= semoga kau berjaya dgn segala impian kau
= semoga hubungan kita sebagai kawan berkekalan dunia dan akhirat
= i love u forever

Tacing tak ? Mula-mula tadelah tacing sangat tapi bila baca statement kat belakang sekali aku rasa macam nak menitis air mata palsu *uhuk uhuk :,(

i never regret being friends for you
never

Next,second present pulak aku dapat malam tadi. Wahh,aku suke sangat ! Sebab hadiah tu limited edition tau. Tade dijual di kedai atau kiosk kiosk berhampiran anda. Itu adalah hasil titik peluh sahabat aku yang buncit oke. Thanks sangat- sangat tau.. Im appreciate it !
Nielah bendanya ------->


Ok,kat dalam tu pon ada nota-nota cinta tau dan agak tacing jugaklah kalau aku baca.. Hurmmm
Notanya macam nie *kejap nak bukak dulu :

nota satu : mek,sedihnya kalau nak berpisah nanti.Da nak nanges dah sekarang ni.Nanti janganlah lupa aku k.Telifonlah aku selalu.Hehehe.Datangla Johor.Semoga kita takkan terputus hubungan.Nanti Li baik-baik,jangan dating je.Jaga diri,kalau hilmi wat hal nga kau,bagitau aku,aku datang kelantan bawak senapang gajah.

nota dua : aku nak minta maaf kalau ada terkasar bahasa,tersinggung hati kau.Nak minta halal juga selama kita berkawan nie.Ada termakan terminum ke harta-harta kau.Aku suka kawan dengan kau.Kaulah kawan terbaik aku.Sayang mek sangat-sangat

nota tiga : dari raizafiera sekeluarga,suami dan anak-anak

nota empat : rai <3 mek

Pastu,yang lagi special pulak adalah dua orang kawan blogger aku buat entry about me.. Huhuk.
Terasa diri di sayangi pulak. Nanti you all baca sendiri lah ek


Lastly,thanks a lot to all my beloved friends. Thanks again because always be with me when i happy or sad.. 
And to my parents,i want says "thank you for providing all my needs,teaching me how to being a good person and care about me in 20 years old"..



nielah sahabat-sahabat aku 
"tika dan rai"




dan dua gambar di atas orang-orang yang buat entry pasal besday aku.
terima kasih tau tau tau ! sayang sangat

okbai





- thanks sudi baca entry saya =_=

cinta saya hanya untuk awak =)




Kalau saya jadi DJ, saya akan selalu sebut nama awak kat radio.
 
Kalau saya jadi DOKTOR, saya akan selalu merawat awak.
 
Kalau saya jadi PENYANYI, saya akan nyanyikan lagu untuk awak setiap hari.
 
Kalau saya jadi GURU, saya akan selalu ajar awak makna cinta.
 
Kalau saya jadi POLIS, saya akan selalu jaga awak dari orang jahat
 
Kalau saya jadi BOMBA, saya akan selalu padamkan api kemarahan awak
 
Kalau saya jadi LAWYER, saya akan selalu membela awak.
 
Kalau saya jadi ARKITEK, saya akan bina mahligai untuk awak.



            - muhammad hilmi bin mohd zain  -



- thanks sudi baca entry saya =_=

akur janji by edie feat wanie


Akur janji

Tak pernah ku menduga
Kan bertemu denganmu
Bersatu di alam cinta

Tak pernah ku merasakan
Bahagia begini
Di sisimu

Kekasih ku sayang kan kamu
Cintaku kasihku untukmu
Kekasih hanya kau ku mahu
Hidup dan mati bersamamu

Akur janji setia padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu

Akur janji ku hanya untukmu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu

Aku tak bisa sendiri tanpamu
Sedetik pun ku tak mampu
Sejuk hatiku oh tenang jiwaku
Memandangmu

Hatiku hatimu telah bertemu
Sayangmu sayangku jadi satu
Rindumu rinduku disimpulkan
Terciptalah sebuah ikatan

Akur janji setia ku padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu

Akur janji ku hanya untukmu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu

Ku percaya
Jodohku denganmu
Ku percaya
Kau permaisuriku
Ku percaya
Kasih sayang kita kan kekal abadi
Moga Tuhan merestui



nota kaki : what goes around comes around 
: kadang-kadang sesuatu yang terjadi itu disebabkan oleh diri kita sendiri
so,always thinks positive =)


- thanks sudi baca entry saya =_=

"Segmen:Bloglist Akhir Tahun by Liyana Syafiqah"




jom join segmen nie nak tak ?
mesti sekarang ramai dah cuti kan
tak kira lah student diploma ke,degree ke,
mesti tengah bersenang lenang kat rumah
buat partime as a RTM (rehat tidur makan)
huh !

aku lebih suke join segmen kalau tak banyak syarat yang dikenakan
simple jek.
nie tak
kena klik situ,klik sini,follow situ,follow sini
ouhh,menyampahnya ! terus blah dari page tuh.
*sori kalau terkasar bahasa*

okbai

nota kaki : kalau nak join,tekan banner kat atas
kat situ ada syarat-syaratnya
: segmen nie bemula 20-10-2012 sampailah 23-11-2012
banyak masa lagi kan..? so tapelah nak enjoy dulu sebelum join segmen nie =)


- thanks sudi baca entry saya =_=